Jika akhirnya kamu tidak bersama dengan orang yang
sering kau sebut dalam doamu, mungkin kamu akan dibersamakan dengan orang yang
diam-diam mendoakanmu. “
Di setiap pengakhiran solat, tidak pernah sekalipun kita
terlupa untuk mendoakan kebahagiaan antara kita dan dia.
Tanpa henti meminta semoga Allah mengekalkan hubungan yang
dibina atas dasar cinta.
Kita yakin dia yang terbaik.
Yakin dia jodoh yang memang Allah tetapkan untuk dijadikan
peneman untuk setiap langkah menghadapi hari-hari yang mendatang.
Kita mahukan segala impian dan harapan jadi kenyataan. Jadi
realiti.
Tapi..
…tanpa diduga segalanya hanya sementara.
Semua kegembiraan dan kebahagiaan itu akhirnya terhenti di
pertengahan jalan. Segalanya musnah. Hancur berkecai.
Dunia seolah-olah gelap. Kita rebah runtuh sama seperti
cinta yang berkecai itu.
Dan di saat itu, kita mula ragu.
Marah. Sakit hati. Curiga.
Segalanya jadi bercelaru. Kucar-kacir.
Syaitan memulakan peranannya..
Saat hati rawan, makin mudah kita diperdaya.
Saat hati rapuh, segalanya akan nampak salah di mata. Amarah
mengusai hati, jiwa dan fikiran.
Kita mula mempersoalkan segalanya. Setiap apa yang kita
pernah doakan dahulu.
Di hati terdetik:
“ Allah janjikan kebahagiaan untuk hambanya yang
berdoa. Selama ni aku tak pernah berhenti berdoa supaya dijodohkan dengan dia.
Tapi kenapa Allah tetap ambil dia dari aku?
Kita terlupa. Kita hanya manusia. Hamba yang lemah.
Kita hanya merancang tapi tak semua perancangan yang kita
rangka itu adalah sebaik-baik perkara untuk diri kita.
Manusia merancang dengan cita-cita. Tapi Allah merancang
dengan cinta.
Banyak perkara yang kita terlepas pandang dalam tempoh kita
merancang itu. Kadang-kadang cinta buat kita jadi buta hati.
Yang buruk kekal nampak indah. Kekal cantik. Semuanya hanya
kerana cinta yang menguasai diri.
Untuk cinta kadangkala kita rela menidakkan yang Ya dan
mengiyakan yang Tidak. Buta lagi membutakan jika paksinya bukan Tuhan. – Tribulasi
365 Hari, Dr. Anwar Fazal.
Tarik nafas.
Bertenang.
Cuba ambil masa untuk bersendiri.
Bukan bersendiri untuk menangis meratap. Bukan untuk
berduka.
Tapi cuba untuk muhasabah diri kita sendiri. Cuba untuk
imbas kembali apa yang kita telah lakukan sepanjang tempoh percintaan kita
dahulu.
Ya, memang betul. Tak pernah sekalipun kita terlupa untuk
doakan kebahagiaan antara kita dan dia berkekalan.
Tapi tanya diri kita kembali, ikhlaskah hati kita saat kita
meminta itu ? Adakah hanya kerana cinta pada manusia semata-mata ?
Jodoh itu unik. Seringkali yang dikejar-kejar menjauh.
Yang tak sengaja mendekat. Yang seakan sudah pasti menjadi ragu. Yang awalnya
diragukan menjadi pasti. Yang selalu diimpikan, tak berujung pernikahan. Yang
tak pernah difikirkan, bersanding dipelaminan. – Unknown.
Allah itu Maha Adil.
Dia mendengar setiap permintaan kita. Setiap pengharapan.
Setiap bait-bait doa.
Walaupun kita seorang pendosa, Allah masih tetap memakbulkan
soa-doa kita. Tanpa sebarang perasaan benci.
Tapi jika begitu, kenapa Allah masih tidak memakbulkan apa
yang kita mohon itu?
Kenapa Allah biarkan hati kita berduka atas kebahagiaan yang
hanya tinggal angan-angan?
Kenapa Allah biarkan kita bersedih andai benar Dia sayangkan
kita?
Kita terlupa siapa diri kita. Siapa kita yang sebenarnya.
Apa hak kita untuk mempertikaikan setiap aturan Sang Pencipta?
Allah tak kejam. Tak pernah sekalipun Dia kejam pada
hambaNya.
Kita hanya tahu menunding jari. Hanya tahu menyalahkan
setiap takdir yang ditetapkan bila mana keinginan dan kemahuan kita tidak
dipenuhi.
Tanpa kita sedar Allah pegang semua permintaan kita itu
kemas-kemas.
Allah tak tunaikan semuanya kerana Dia lebih tahu apa yang
terbaik buat diri kita.
Dia telah aturkan perjalanan yang jauh lebih indah dari apa
yang kita rancang.
Percaya saja. Tuhan menggenggam semua doa. Lalu
dilepaskanNya satu persatu di saat yang paling tepat.
Sabar.
Allah takkan biarkan hambaNya berduka selamanya.
Dia hanya mahu kita kembali ke jalanNya. Ke jalan yang
sepatutnya.
Dia berikan perpisahan agar kita sedar itu bukan yang
terbaik buat kita. Bukan bermakna Allah tak sayangkan kita.
“ Kadang, tanda cinta Allah terhadap seseorang itu Allah
akan biarkan hati dia hancur berkali-kali sampai dia rasa tak ada lagi harapan
di dunia ini. Dan itu akan membuat dia punya harapan hanyauntuk allah saja. –
Syeikh Abdul Kadir Jailani.”
Allah tahu apa yang terbaik. Dia aturkan semuanya jadi cukup
indah.
Kita hanya perlu yakin dan menanti saat dan ketika itu tiba.
Dekatkan diri padaNya. Menangislah memohon ampun di atas dosa-dosa lalu.
Semoga Dia permudahkan jalan kebahagiaan kita.
Bila tiba masanya, kebahagiaan yang sebenar akan kunjung
tiba.
Kebahagiaan yang kita sendiri tak pernah terfikir dan
terlintas. Apatah lagi kebahagiaan yang hadir bersama redha Allah.
Trust in Allah timing. Rely on His promises. Wait for His
answers. Enjoy His blessings. Relax in His remembrance.
Janganlah kita salahkan takdir andai perpisahan berlaku..
Kita sepatutnya bersyukur kerana Allah dah peliharakan diri
kita dari kedukaan yang lebih dalam.
Atas sebab itu Dia sedarkan kita dari mimpi dan impian palsu
itu lebih awal.
Cinta, jika bukan bermisikan syurga, nikmat bahagia tidak
akan kekal lama.
Yang namanya cinta akan tiba hanya bila kita terlebih dahulu
mendahulukan Tuhan dan ayahbonda dalam semua perkara.
Percayalah ‘dia’ nanti akan muncul di depan mata tanpa
disangka-sangka.
Saat itu barukita tahu betapa benarnya untuk meletakkan
cinta pada tempatnya sebelum hadirnya ‘dia’ – Diagnosis2
Andai Allah tak sayangkan kita, mungkin Dia akan biarkan
kita terus hanyut dengan cinta palsu yang kita bina sendiri itu.
Dan akhirnya kita rebah tersungkur bersama luka yang dalam
hingga tak mampu lagi untuk bangkit kembali.
Maka, yakinlah dengan ketentuan Allah.
“La tahzan innallaha ma’ana.”
“Don’t be sad. Allah is with us.”