Janganlah kita salahkan takdir andai perpisahan berlaku..
Posted by MohdHafiz at 8:51 AM 0 comments
Posted by MohdHafiz at 10:12 AM 0 comments
Setiap manusia dilahirkan mempunyai masalah. Pelbagai persoalan
muncul di depan mata, seakan tiada habisnya. Lebih daripada itu, masalah
itu semakin menenggelamkan manusia pada penderitaan yang tidak
berkesudahan.
Ramai di antara mereka yang berputus asa. Perintah solat mula
ditinggalkan, bersedekah apatah lagi. Bahkan ironinya, ada yang pergi ke
tok bomoh, mencuri, menjual diri dan pelbagai bentuk kejahatan lain
yang dianggap sebagai jalan untuk menyelesaikan krisis yang melanda
diri mereka.
Hidup pun tiada terasa indahnya lagi. Lihat ke kanan masalah, ke kiri
masalah, atas dan bawah pun masalah yang seakan-akan datang menghimpit
seluruh jiwa dan raga.
Lalu apa yang patut kita lakukan ketika ini? Adakah kita hanya
bersembunyi di balik masalah ini? Menjerumuskan diri pada bentuk maksiat
yang menjanjikan keuntungan besar dalam masa singkat? Minum minuman
keras yang dapat melupakan masalah kita dalam masa sementara? Atau bunuh
diri agar masalah yang dihadapi selesai setelah kita mati?
Semua perkara di atas amat mudah terlintas dalam fikiran manusia
kerana pada prinsipnya manusia sangat mudah berputus asa. Alangkah ruginya kita kalau fikiran-fikiran seumpama ini kita ikuti.
Perbaiki Diri Sentiasa
Di saat manusia ditimpa pelbagai musibah dan masalah, tindakan bijak
yang perlu kita lakukan adalah memuhasabah hubungan kita dengan Allah
swt. Salah satu bentuk komunikasi yang perlu kita lakukan adalah berdoa.
Doa hakikatnya adalah penonton kita untuk melakukan perubahan diri.
Hidup kita bukanlah sestatik laut mati. Ia sentiasa bergerak dan berubah
dari masa ke semasa. Banyak cabaran yang perlu kita hadapi setiap hari.
Melalui musibah inilah, Allah akan melihat siapa hamba-Nya yang
sebenarnya. Siapakah hamba-Nya yang bagus kualiti peribadinya? Siapakah
hamba-Nya yang mahu melakukan perubahan? Dan perubahan inilah yang
menjadi esensi dari doa yang kita panjatkan.
Ibnu Ata'illah menukilkan sesuatu yang amat berharga dalam kitabnya al-Hikam :
"Bagaimana engkau menginginkan sesuatu yang luar biasa padahal
engkau sendiri tidak merubah dirimu dari kebiasaanmu? Kita banyak
meminta dan banyak berharap kepada Allah swt, tetapi kerana sibuk
meminta terkadang membuat kita tidak sempat menilai diri sendiri.
Padahal kalau kita meminta dan akibatnya kita merubah diri sendiri,
Allah akan memberikan apa yang kita minta kerana sebenarnya doa itu
adalah pengiring agar kita dapat merubah diri kita. Jika kita tidak
pernah mahu merubah diri kita menjadi lebih baik, tentu ada yang salah
dengan permintaan kita."
Posted by MohdHafiz at 12:01 AM 1 comments
"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah
nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka
sesungguhnya azab-Ku sangat pedih" (QS. Ibrahim [14]:7)
kebiasaannya, bila kita di kurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan, apa yang kita akan lakukan??
BERSYUKUR!
ya, itulah yang seharusnya.
tapi...
bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan. kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. berapa ramai yang bersyukur?
tepuk dada, tanya iman?
saya pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur
bila ditimpakan ujian. mungkin dalam 100% hanya 5% yang bersyukur dan
berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kamu?
beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan
sabar. Banyak kelebihan yang di berikan oleh Allah SWT kepada mereka
yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
fiman Allah:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan
ketika peperangan. Merekalah orang-orang yang benar dan merekalah
orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan". (QS Al
Baqarah : 177)
saya pasti kalian mesti pernah dengar kata kata ini:
"after every storm there is a rainbow"
Walau apa juga ujian yang diturunkan kuatkan semangat dan azamkan tekad. yakinlah dengan janji tuhan.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat asal hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang
diberikan. begitu juga sebaliknya. setiap kelebihan itu pasti ada
kekurangan kerana kita memang di ciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingan kekurangan itu hebat. jangan pernah rasa rendah diri dengan
kekurangan diri. kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan
mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.
ingatlah,
Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan
kekurangan. hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak
mementingkan diri sendiri dengan cara saling lengkap melengkapi. macam
yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan
begitulah sebaliknya.
Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas.
janganlah kita mencaci kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu
hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang
kita pernah hina dulu.
kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung
dunia. sebaliknya besyukurlah. kerana suatu saat nanti pasti akan datang
seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. jangan pernah
berputus harap dan teruskan berdoa.
dan ingatlah,setiap kekurangan yang kita memiliki yang merupakan
kelebihan yang tidak ada pada orang lain. bukan semua orang dapat
memiliki kekurangan yang kita ada. bukankah kekurangan dan ujiaan itu
satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?
renung renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan,
simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. bersyukurlah
dengan setiap kurniaanya. kebaikan mahupun keburukan.
Posted by MohdHafiz at 4:09 AM 1 comments
Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis
menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah
satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan
ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang
Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita.
Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian
kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian
maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak
membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah
datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai
latihan untuk membina sebuah kekuatan.
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik
akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita
ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka
diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu
mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih
Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu
mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali
perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua
mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali
datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka
lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah
setiap kali ujian datang menjengah.
Posted by MohdHafiz at 1:18 AM 2 comments
hmm...
harini ana telah buat seseorang yang ana hormat dan sanjung kecewa dan sakit hati dengan sikap ana.
Ana tak berniat nak sakitkan hati dia.Mana mungkin orang yang ana sayang ana sanggup sakitkan hati dia.
Mungkin sekarang ni ana kerap kali tertekan dan diselubungi banyak masalah, sampai ana lupa nak menjaga hati dan pertuturan ana.
Posted by MohdHafiz at 1:48 AM 0 comments
Posted by MohdHafiz at 3:04 AM 0 comments