Tuesday, October 9, 2012

Bila Hati Bicara :)


Jam tepat menunjukkan 1.44 pagi, setelah sekian lama ana tidak memenuhi ruangan blog yang ana hasilkan untuk nukilan suka dan dukaku.
Harini ana terasa ingin meluahkan sesuatu yang telah lama kupendamkan dalam hatiku.Harapnya tidak menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Sesungguhnya yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu dari kelemahan & kekurangan diri ana sendiri.

Dengan ucapan kalimah bismillah, ana mulakan penulisan dan isi hati yang terbuku lama di hati ana.Rasanya tidak adil jika ana pendam untuk kesekian lamanya lagi.
Sesungguhnya ana hanya manusia biasa yang punyai hati dan perasaan.Sejak apa yang berlaku sepanjang penghujung tahun 2010 yang lalu,ana telah belajar banyak benda dan menimba pengalaman baru.
Ketika waktu itulah jiwa ana merundum kesedihan yang melampau sehingga ana mengambil keputusan untuk berjauhan dan bawa diri dari keluarga.Ana bertekad untuk menyambung pengajian ana bagi mengambil peluang menenangkan jiwa ana.
Alhamdulillah,ana diterima menyambung pelajaran di Ipoh,perak dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi.Ana membawa azam dan cita-cita baru.Ana bertekad untuk membalas segala jasa baik kedua IbuBapa ana.

Ana juga berniat untuk mengembirakan mereka dengan apa yang berlaku atas diri ana.Ya!!ana seorang lelaki yang lemah.Sebab hilangnya cinta makhluk ana lemah semangat dan buat kedua IbuBapa menangis melihat ana sekali lagi.
Walhal ana pernah bertekad untuk menggembirakan IbuBapa ana waktu itu.Rezekiku & Usahaku hanya untuk kedua IbuBapaku.Itulah azam ana.
Ketika di waktu pengajian ana,pelbagai musibah yang menimpa ana.Sesungguhnya itu semua adalah ketentuan ALLAH untuk memberikan ana kegembiraan selepasnya.Ana bersyukur kerana harini ana bangkit dan berjaya menamatkan pengajian ana sebaiknya.
Syukur ya'allah!!!Sesungguhnya janjimu itu pasti.Setelah kau datangkan sesuatu musibah kau berikanku cahaya.

Hari berganti bulan,bulan berganti tahun.Akhirnya ana meningkat kesuatu tahap.Peningkatan umurku pun bertambah.Terasa kehilangan kerana ramai teman-temanku yang sudah berumah tangga dan mendirikan masjid atas pernikahan meraka.
Ana bersyukur kerana teman-temanku mengakhiri percintaan mereka dengan pernikahan yang halal dan mendapat keredhaan ALLAH swt.Amin ya rabb!!!syukur ya'allah..
Kini ana keseorangan untuk menempuhi hari-hari mendatang dan liku-liku hidup yang makin mencabar dan penuh dengan dugaan.Harapnya ana dapat menghadapi hari-hari mendatang dengan tenang dan tabah.
Ana mencorakkan hari-hari mendatang dengan penuh rasa kesyukuran dan sabar.Tapi dalam ana berusaha untuk berubah untuk menjadi terbaik,ana telah melakukan sesuatu perkara yang ana tak dapat lupakan sepanjang hayat ana.Astaghfirullahaladzim..


Ana bersujud menangis kerana mengenangkan apa yang telah berlaku dan apa yang ana telah lakukan terhadap diri ana sendiri.Ana merosakkan diri ana sendiri.
Hanya ALLAH jualah ana bergantung harap agar dapat diampuni segala dosa-dosa ana.Ana terasa dunia ana seperti gelap semula.Ana bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH agar diterima segala taubat nasuha ana.Subhanallah :(

Ana mengambil masa untuk menenangkan jiwa ana yang dalam kekusutan dan kerosakkan.Akhirnya ana mengambil jalan untuk meluahkan apa yang ana telah lakukan hingga merosakkan jiwa dan rohani ana.
Ana berhati-hati untuk meluahkan segala isi hati ana agar tidak disalah tafsir dan akhirnya akan disebarkan hingga membawa kepada fitnah.Ana takut itu berlaku!!
Ana meluahkan kepada seseorang yang ana anggap sebagai seorang yang pangkatnya tidak lebih dari seorang kakak buat ana.
Bukan simpati atau perhatian yang ana pinta,sebaliknya ana mengharapkan kekuatan dan nasihat darinya.Ana tidak boleh biarkan apa yang ana pendam dan rasa sekian lama ini terbuku dihati sahaja.Ana harus meluahkan juga agar tidak membawa kepada kerosakkan hati.

Dengan sedikit nasihat dan perhatian darinya,alhamdulillah ana dapat kekuatan untuk menempuhi hari-hari mendatang ana dengan berusaha untuk melakukan yang terbaik dan lebih baik dari sebelumnya.
Ana mengambil kesempatan ini dengan mendekatkan diri dengan ALLAH dan berharap agar dapat sentiasa istiqamah ke jalan ALLAH.
Ana berharap dapat teruskan cita-cita ana untuk memberi kebahagiaan kepada kedua IbuBapa ana.Terima Kasih banyak-banyak kak :).Kerana buat saya tersenyum hingga dapat bangkit semula.
Ana juga berusaha untuk mengembirakan orang disekeliling ana,insya'allah dengan izin ALLAH.
"Barangsiapa yang menyenangkan hati dan urusan mereka yang lain akan diberi ganjaran pahala baginya".Insya'allah.

Hari berganti hari, ana sibuk untuk mencari dan mengejar cita-cita ana untuk berjaya.Ana berharap apa yang ana cuba usahakan akan membuahkan hasil buat ana dan Keluarga.Ya,itu yang ana mahu lakukan.Hidupku & rezekiku hanya untuk orang tuaku.Sesungguhnya ALLAH jua maha pemberi rezeki.
Ana percaya rezeki dari ALLAH itu luas,ana perlu bersabar dengan apa yang ana bakal tempuhi dan berlaku.
Saat ini, ana mula jatuh hati & menaruh perasaan.Astaghfirullah,selama ini ana tutup serapatnya pintu hati ana untuk menaruh perasaan dengan seorang gadis.Ana tak sanggup lagi hidup & bercinta atas tiang maksiat.
Mana mungkin ana sanggup menyeret bakal makmumku ke kancah yang mungkin akan mendorong kepada maksiat.Tiada istilah bercinta dalam islam!!!Siapa berani menjamin jika bercinta tidak akan berpegangan tangan??siapa berani jamin jika bercinta tidak sesekali merasa rindu??
Cukup dengan menyatakan rindu saja telah menyebabkan zina hati.Subhanallah..mohon ana dijauhi dari perkara ini.
Mungkin kerana ana sekarang selalu bergerak keluar berseorangan,itu mungkin salah satu faktor menyebabkan ana ingin rasa berteman.TAK!!TAK!!TAK!!mungkin kalau berteman sekalipun biarlah hanya sekadar sebagai seorang rakan baik.tidak berteman atas dasar cinta!!Hati ana berkeras.

Semakin hari hati ana mula tertarik pada perwatakkan dan tingkah laku seorang yang ana anggap tidak lebih daripada seorang kakak buat ana,astaghfirullah.
Mana mungkin,selama ini dia yang banyak menghiburkan hati & hari-hari sepiku.Sejujurnya ana sangat senang melihat dia.Dengan perwatakkan dan tingkah laku yang sopan mungkin akan menarik hati beribu jejaka lain diluar sana jika benar-benar mengenalinya.
Ikhlas ana katakan,dia pantas dapat yang terbaik untuk hidupnya.Tidak mungkin dia untuk ana.Mana layak dia untuk ana yang juga merupakan seorang bekas penzina.Sepantasnya lelaki yang soleh dan imam yang baik untuknya sepatutnya.


Ana pernah berfikir, jika ana sekarang sudah lengkap dan mempunyai masa depan yang baik,mungkin dia yang ana akan menikahi dengan izin ALLAH.Ana perlu pastikan bakal keluarga yang ana bakal bina mendapat keselesaan & kegembiraan di masa akan datang.Tapi mana mungkin, itu semua angan-angan palsu ana.

Ana sering berdoa agar dia dipertemukan dengan seseorang yang baik dan dapat memberikan dia kebahagian hidup didunia mahupun diakhirat,insya'allah.Amin ya rabb!!
Tidak sepatutnya ana luahkan ini semua disini pantas akan buat dia rasa serba salah.Ana cuma ingin dia tahu yang ana gembira dan bersyukur selama dia menemani hari-hari sunyi ana:)
Ana percaya andai satu hari nanti dia berumah tangga, mungkin ingatan ini akan hilang dari ingatannya untuk ana dan begitu juga dengan ana.Ana mengambil keputusan untuk berkongsi luahan perasaan & hati ana ini untuk dijadikan ingatan buat ana.

Ana berharap tidak menyinggung mana-mana pihak atas penulisan dan luahan hati ana ini.Ana menerima segala nasihat dan pendapat dari semua jika terdapat kekurangan dan kurang menyenangkan pihak lain.Sesungguhnya ana hanya seorang hamba ALLAH yang serba kekurangan.
Ana memohon ampun dan maaf pada "akak" dari hujung rambut hingga ke hujung kaki jika penulisan ana ini kurang menyenangkan.Harap dapat diampun ya,ana tidak berniat apa-apa mahupun untuk mempermainkan perasaan "akak".Cuma ana berharap memori ana untuk akak takkan hilang.Jazakallahu khair
ikhlas dari insan yang lemah dan serba kekurangan.

Tuesday, July 3, 2012

Jadikan diriku Anak Soleh



Assalamualaikum semua:), lama rasanya tak "update" blog NurIman ni. Entah kenapa malam ni terasa ingin berkongsi sesuatu dengan semua orang.
Harapnya dapat memberi sedikit manfaat pada semua orang. Orang selau berkata tentang jodoh dan nasib. Rasanya dah ramai pakar cinta dalam zaman kita sekarang:).
Pagi ni sy nak bercakap tentang didikan. Terdetik hati ni bila terdengar "Sebagai Mak Ayah kita haruslah jadi penonton untuk anak-anak, bukannya penghukum". Ya,mungkin sy bersetuju dengan pendapat tu.Tapi itu tak bermakna Mak Ayah tak boleh marah atau pukul anak-anak yg melakukan kesalahan. Pukul dan marahlah dengan niat untuk beri pengajaran,bukan mengikut hawa nafsu semata.

Zaman sekarang Mak Ayah perlu mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang skit, bukan ape kebanyakkan Mak Ayah zaman sekarang ramai yang bekerja kan. So anak-anak jadi manja sikit:).
Saya sangat sensitif bila nampak orang tua yang mengalirkan air mata kerana anak-anak.
Bayangkanlah sewaktu kita buat mereka menangis, ALLAH ambil nyawa mereka...Ya'allah tak terampun dosa kita malahan menyeret kita ke neraka jahanam sebab menderhaka!!ingat tu.

Pelihara dan hormatilah Mak Ayah kita selagi mereka masih bernafas. Umur Mak Ayah yang dalam lingkungan 50-60an memang agak sensitif skit.Mereka akan lebih cerewet dan mudah naik angin. So sebagai anak-anak jangan mudah ambil hati:). Saya sendiri pernah mengalaminya.
Layankan dan ikutilah kehendak mereka.Insya'allah Mak Ayah cuma nak tengok je sikap anak-anak macam mana masa tu.Apapun jadilah anak yang soleh dan balas lah jasa Mak Ayah selagi mampu ya semua.Anak soleh umpama berlian dan permata untuk Mak Ayah;).
Ingat "Jika kita berkecil hati dengan IbuBapa, itu takkan menghalang mereka untuk ke Syurga.Tapi jika IbuBapa yang berkecil hati dengan kita,itu akan mengheret kita ke Neraka Jahannam".Nauzubillah..

Tuesday, August 30, 2011

After Love One MyFavourite Song :)

I thought you were my love
I thought you were my everything
I believed that you would be my last love

I laughed only for you
I lived only for you
I believed in your love and that it was happiness

It’s all lies. All lies
Your love for me was all lies
You’ve hurt me so
You left me crying

You said you’ll love only me, protect only me
Your love was all lies
You took away my heart and my love
and leaving me was love

Being loved by one person
Giving love to one person
I foolishly believed that person would be you

It’s all lies. All lies
Your love for me was all lies
You’ve hurt me so
You left me crying

You said you’ll love only me, protect only me
Your love was all lies
You took away my heart and my love
and leaving me was love

{RAP}
To say it was love was a lie
Saying that you loved me was a lie
Saying it was eternal was a lie
Left me Only with the words that she’ll come back
Where did she go (We’re falling further apart)
WHere did she go We’re falling further & further apart
I’ll love only you

Just in case you came back, back to me
I can’t love again
Even though you hurt me, and saddened me
I’m waiting only for you

It’s all lies, All lies
Our separation was all a lie
Because you are my love, my all
I’m waiting only for you

Tuesday, August 9, 2011

Cinta Islamik ??

Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:

'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'

'saya cintakan awak kerana Allah..'

'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'

Firman Allah S.W.T:

"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'

'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'

'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'

'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.

Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:

"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik " (Al-Nur 24 :26)

Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")

Thursday, June 30, 2011

Lidah Menentukan Manusia Ke Neraka Atau Ke Syurga :)

KATA Imam al-Ghazali, lidah antara nikmat Allah SWT yang besar dan antara ciptaan Tuhan yang amat halus dan ganjil. Lidah mempunyai bentuk yang indah, kecil dan menarik.

Selanjutnya Imam al-Ghazali berkata: “Keimanan dan kekufuran seseorang tiada terang dan jelas, selain dengan kesaksian lidah. Lidah mempunyai ketaatan yang besar dan mempunyai dosa besar pula. Anggota tubuh yang paling derhaka kepada manusia ialah lidah. Sesungguhnya lidah alat perangkap syaitan yang paling jitu untuk menjerumuskan manusia.”

Daripada kata Imam al-Ghazali itu jelas menunjukkan kepada kita besarnya peranan lidah dalam kehidupan manusia kerana lidah kita boleh masuk syurga dan kerana lidah juga boleh dihumban kita ke neraka.

Oleh kerana lidah boleh membawa kebaikan dan keburukan dalam hidup manusia, kita perlu sentiasa berwaspada menggunakan lidah sewaktu bertutur kata. Dengan kata lain, kita hendaklah bijak menggunakan lidah apabila bercakap.

Sekiranya kata yang kita ucapkan boleh menyebabkan orang yang mendengarnya sakit hati atau terguris, ia boleh mendatangkan keburukan kepadai kita. Pepatah ada mengatakan kerana mulut badan binasa.

Justeru, sebelum kita berkata sesuatu hendaklah berfikir terlebih dulu. Kita gunakan lidah untuk berkata sesuatu yang baik dan tidak sia-sia atau lebih baik lagi kita diam. Itu lebih memberi manfaat daripada kita berkata perkara yang boleh mendatangkan dosa. Sesungguhnya orang beriman tidak bercakap perkara yang sia-sia dan tiada berfaedah.

Daripada Abu Hurairah diriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya: “Siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau ia diam.” (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang jelik budi pekertinya serta kotor lidahnya.” (Hadis riwayat Imam Tirmidzi)

Menurut Rasulullah SAW ada tiga jenis manusia, iaitu yang mendapat pahala, selamat daripada dosa dan binasa.

Orang yang mendapat pahala sentiasa mengingati Allah, berzikir, mengerjakan solat dan sebagainya. Orang yang selamat daripada dosa ialah mereka yang diam, manakala orang yang binasa sentiasa melakukan perkara mungkar, maksiat dan tidak mengawal lidahnya dengan baik.

Kita dapat mengenal peribadi seseorang daripada percakapannya. Orang yang tinggi akhlak selalunya bercakap hal yang baik saja, tidak menyakiti hati orang lain, tidak mengucapkan perkataan kotor dan tidak banyak bercakap. Mereka mengawal lidah sebaik-baiknya.

Dalam hadis yang diriwayatkan Tirmidzi dan Ibnu Majah, Abu Hurairah menceritakan apabila Rasulullah SAW ditanya sebab terbesar yang membawa seseorang masuk syurga, Rasulullah menjawab: “Takwa kepada Allah dan akhlak yang baik.” Apabila ditanya pula sebab terbesar yang membawa manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab, “Dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan.”

Friday, June 3, 2011

Ikhlas Buat Semua

Dengan lafaz bismillah ikhlas dari hati saya Mohd Hafiz memohon ampun dan maaf pada semua atas kesalahan lampau saya yang secara sengaja atau tidak sengaja mengguris hati dan perasaan semua.Saya hanya insan yang lemah yang seringkali tidak terlepas melakukan kesalahan.Insya'allah saya akan perbaiki lagi diri kearah yang lebih baik.Barakallah.Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk dari diri saya sendiri.Assalamualaikum.

Kerana Hati Berbicara


mengharungi samudera mahligai nan suci
penuh gelombang silih berganti
semua adalah ujian penguat cinta
bila hati bicara

terkadang tak perlu terucap kata-kata
untuk selami dalamnya hatimu
susah senangmu jadi bagian hidupku
karena hati bicara


tatap manja matamu kisahkan berjuta cerita
hadirmu di hidupku memberikan berjuta makna
karunia Illahi mempersatukan dua hati
ku rasa yang kau rasa karena hati bicara