Seringkali kita mengeluh dan mengadu, mengapa Allah tidak habis-habis
menguji kita. Malahan diberi-Nya ujian yang sama setiap kali. Setelah
satu, maka datang pula satu lagi masalah. Setelah habis dicuba dengan
ujian yang merumitkan, didatangkan pula ujian yang menyesakkan dada.
Sungguh indah perancangan Allah dalam mentarbiyah manusia. Allah yang
Maha Mengetahui menguji manusia pada titik-titik kelemahan diri kita.
Pada titik-titik yang lemah itulah, bertubi-tubi Allah datangkan ujian
kepada hamba-Nya. Di ruang-ruang yang lemah itu Allah datangkan ujian
maha berat sehingga manusia merasakan dia tidak lagi terdaya memikulnya.
Allah menciptakan manusia dengan kelemahan, namun Allah tidak
membiarkan kita terus menerus hidup dalam kelemahan tersebut. Maka Allah
datangkan ujian bertimpa-timpa pada titik kelemahan tersebut sebagai
latihan untuk membina sebuah kekuatan.
Bagaimana?
Seseorang individu yang lemah dalam akademik, maka pada titik
akademik itulah Allah mengujinya berkali-kali. Sahabat-sahabat kita
ramai yang diuji Allah pada titik akademik. Bukan sekali sahaja mereka
diuji, namun berkali-kali. Ada yang mengalami kegagalan dalam 'Continous Assessments' kemudian dalam peperiksaan Akhir musim panas Allah menguji lagi dengan kegagalan walaupun telah berusaha keras.
Ada pula yang dipanggil ke 'Viva' namun masih gagal dan perlu
mengharungi ujian musim luruh. Setelah berusaha keras menelaah, masih
Allah menguji dengan kegagalan dalam peperiksaan itu sehingga perlu
mengulang semula tahun pembelajaran. Malah, ada yang bukan pertama kali
perlu mengalami kitaran ujian tersebut, bahkan mungkin pada tahun kedua
mahupun tahun ketiga. Di titik akademik itulah Allah berkali-kali
datangkan ujian pada mereka agar dengan adanya ujian-ujian itu mereka
lebih kuat dan mantap pada sebuah pengharapan. Ya, berharap pada Allah
setiap kali ujian datang menjengah.
Seringkali kita tonton drama kehidupan manusia dalam drama-drama di kaca televisyen mahupun layar perak, babak-babak kehidupan manusia yang diuji dengan harta sering dipaparkan. Pelbagai drama ujian melanda seorang yang miskin, diuji dengan kesempitan wang, kemudian diuji pula dengan kehilangan pekerjaan, kemudian diuji pula dengan ahli keluarga yang sakit yang memerlukan belanja besar dan ujian-ujian susulan yang memerlukan wang yang banyak.
Seseorang individu yang lemah dalam perhubungannya sesama manusia, diuji oleh Allah dengan pelbagai masalah melibatkan hubungan sesame manusia. Ada yang diuji dengan penceraian antara suami isteri, ada pula yang diuji dengan pertelingkahan sesame ahli keluarga, ada yang berkelahi anta jiran tetangga ada pula sahabat baik yang diuji dengan perselisihan, dan ada juga yang dikeruhkan hubungan antara pemimpin dengan mereka yang dipimpin. Malah, ada pula pasangan yang bercerai diuji pula dengan hubungan dengan anak-anak yang kian merenggang dan sebagainya. Dititik kelemahan itu Allah datangkan dengan pelbagai ujian yang berat untuk ditanggung manusia.
Seseorang individu yang lemah dalam ketaatan kepada Allah dan terjerumus ke lembah maksiat, maka pada titik maksiat itu Allah mengujinya berulang kali. Allah mengujinya dengan bakaran nafsu yang menyala, dan bisikan syaitan yang menggoda berkali-kali sehingga tewas ke lembah maksiat itu. Adapun, yang cuba bertaubat dan kembali kepada jalan Allah, namun, nafsu dan bisikan syaitan memanggil-manggil untuknya terjun ke lembah maksiat. Maka tiap kali itulah dia tewas dan kembali ingin bertaubat. Namun, Allah datangkan godaan demi godaan sebagai ujian sehingga manusia tewas. Kemudian dia kembali bertaubat, namun, masih lagi Allah mendatangkan kebaikan kepadanya sehingga hamper-hampir sahaja berputus asa dalam kemaksiatan.
Begitu jugalah dengan ujian-ujian Allah dari aspek kelemahan yang lain. Persoalannya, mengapakah Allah menguji kita berulang-ulang kali pada titik kelemahan yang sama malah bertubi-tubi Allah datangkan ujian sehingga kita hampir berputus asa.
Rasulullah s.a.w bersabda;
(Hadis Riwayat al-Bukhari)
Seperti air bias memecahkan batu setelah sekian lama menghempapnya, begitu jugalah manusia, konsistensi melalui ujian tersebut adalah resipi untuk mengubah kelemahan menjadi kekuatan. Tidak mudah bukan untuk mengubah kelemahan diri. Bak kata pepatah inggeris " Sometimes we have to learn it the hard way"
Buat mereka yang diuji dengan kegagalan dalam peperiksaan, bergembiralah wahai kalian, kerana melalui ujian itu Allah pasti menginginkan agar kalian mendapat ilmu dan kefahaman. Melalui kegagalan, kalian akan berusaha keras untuk menelaah, bukan sekali tetapi berkali-kali untuk menguatkan ingatan dan kefahaman. Maka, sungguh Allah memberi limpah karunia berupa ilmu dan kefahaman pada kalian,
Sabda Baginda Rasulullah SAW;
(Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim)
(Hadis riwayat Muttafaqun 'alaih)
Firman Allah yang bermaksud;
(Surah al-Furqan ayat 20)
(Surah Al-Zumar ayat 53)
(Surah al-Baqarah ayat 250)
2 comments:
Nice entry! =)
ujian itu rahsia Allah, dan Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya...
syukran ya:).Mudah2an dapat manfaat daripada.Mujahadah itu pahit sebab syurga itu indah ;)
Post a Comment